Categories
NASIONAL

Risiko Pilihan Raya Negeri jika PAS terima jawatan MB – Hanipa

Oleh Afix Redzuan

BATu PAHAT 20 SEPT: Pengerusi Lajnah Undang-Undang, Mohamed Hanipa Maidin mengingatkan PAS hanya memanjangkan kemelut politik Selangor jika menerima jawatan Menteri Besar Selangor.

Malah, beliau bimbang ia akan membuka ruang kepada pilihan raya negeri berikutan PAS – jika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dipilih Sultan Selangor, tiada sokongan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

“Apabila PAS terima jawatan MB, saya bimbang rakan parti dalam Pakatan Rakyat tidak akan menyokong sebab kita pernah berjanji kerusi itu (MB) kepada PKR.

“Jadi, kita hanya membuka ruang kerajaan akan dicabar. Tidak mustahil ia akan berakhir dengan pilihan raya.

“Kita hendaklah membuat keputusan rasional dan munasabah,” katanya yang bimbang dengan risiko itu selain kemungkinan PAS akan dituduh mungkir janji berikutan parti itu pernah membuat kenyataan menolak jawatan itu

Bagaimanapun, pandangan peguam perundangan itu disambut dengan teriakan ‘boo’ dari perwakilan yang tidak bersetuju dengan Ahli Parlimen Sepang ini.

Sebelum ini, PAS menyatakan parti itu menyerahkan kerusi Menteri Besar Selangor kepada PKR sekalipun memiliki ADUN paling ramai berbanding masing-masing PKR dan DAP.

Semalam, majoriti perwakilan apabila ditanya secara terbuka menunjukkan reaksi mahu PAS menerima pelantikan sebagai Menteri Besar Selangor jika dipilih Sultan Selangor.

Saksikan siaran langsung Muktamar Tahunan PAS ke-66 melalui tvselangorku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.