Categories
NASIONAL

PKR beri laluan PAS lawan Umno di PRK Pengkalan Kubor

SHAH ALAM 9 SEPT: PKR memberikan laluan kepada calon PAS bertanding di Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubor.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, berkata ia bagi memastikan Pakatan Rakyat dapat berhadapan dengan Umno/Barisan Nasional.

PRK pengkalan“Saya percaya kita perlu kembali kepada hasrat rakyat agar Pakatan Rakyat terus menumpukan usaha menggembleng semula tenaga rakyat berhadapan Umno-BN,” kata Wan Azizah dalam kenyataan media.

Beliau berkata, rakyat kini berhadapan dengan kenaikan harga minyak yang dijangka diumumkan sebelum Belanjawan 2015, pengenalan GST menjelang April 2015, tangkapan dan pelbagai tindakan undang-undang khususnya di bawah Akta Hasutan.

“Saya percaya ini hanya dapat dicapai melalui tolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar. katanya.

“Saya doakan, Allah SWT memberi kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat kelak,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 September ini sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) N01 Pengkalan Kubor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.