Categories
NASIONAL

PKR gerak mobilasi rakyat kempen mansuhkan Akta Hasutan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 3 SEPT: PKR mengumumkan menjadi parti politik pertama mendokong usaha NGO menggerakkan kempen Mansuh Akta Hasutan (MAH) yang bakal dilancarkan.

Majlis Pimpinan Pusat dan Ahli Parlimen PKR dalam satu kenyataan berkata, Akta Hasutan tidak akan dimansuhkan Barisan Nasional (BN) sebaliknya menggunakan peruntukan akta lain terus menekan pihak berbeza pendapat.

mansuh akta“Tindakan Barisan Nasional (BN) menggunakan Akta Hasutan dan akta lain mendakwa pimpinan Pakatan Rakyat, tokoh akademik dan orang ramai melambangkan wajah sebenar pentadbiran Najib Razak.

“Walaupun Najib mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan beberapa tahun lalu, pentadbiran beliau berterusan menggunakan akta itu,” katanya

Menurutnya, semua kekuatan yang ada di Parlimen, Dewan Undangan Negeri, negeri dan cabang digunakan menyokong dan menggerakkan kempen itu.

“Antara tindakan segera dilakukan, Jelajah kempen Mansuh Akta Hasutan (MAH) bermula di Kuala Lumpur dan dibawa ke setiap negeri.

“Tarikh jelajah diumumkan dalam masa terdekat dan membabitkan pimpinan tertinggi PKR dengan menggembleng bantahan rakyat seperti mana kempen #black505.

“Ahli-ahli Parlimen PKR akan membawa usul tergempar di dalam sidang Parlimen akan datang untuk memansuhkan serta merta Akta Hasutan,” katanya lagi.

Selain itu, cabang-cabang PKR akan mengutip tandatangan petisyen Parlimen yang bakal di bawa ke sidang Parlimen akan datang.

“Kita yakin suara rakyat ini akan menghantar isyarat jelas kepada Najib mengambil tindakan menghentikan serta merta provokasi berselindung di sebalik Akta Hasutan,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.