Categories
SELANGOR

PKR mahu MB baru kaji semula perjanjian Kidex & air

PETALING JAYA 26 SEPT: PKR hari ini mahu Menteri Besar baru, Mohamed Azmin Ali mengkaji semula perjanjian ditandatangani pentadbiran lalu khususnya pembinaan lebuh raya Kidex dan air.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kabinet negeri yang baru perlu meneliti semua perjanjian itu selepas selesai pembentukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

logo-pkr (1)“PKR menyokong penuh kenyataan MB baru untuk mengkaji semula kelulusan yang dibuat khususnya Kidex yang beri keuntungan kepada kroni kerajaan.

“Ia termasuk isu perjanjian air dengan kerajaan persekutuan, kami beri sokongan penuh,” kata Anwar pada sidang media bersama Azmin dan empat barisan exco PKR di ibu pejabat PKR hari ini.

Anwar mendakwa pentadbiran menteri besar terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tidak pernah menjelaskan dan memperincikan mengenai kelulusan dalam perjanjian tersebut.

“Pentadbiran yang baru ini perlu berikan contoh yang baik dan telus, saya beri sokongan yang kuat dan padu kepada MB yang baru,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.