Categories
BERITA UTAMA

Politik songsang UMNO/BN barah sistem politik Malaysia

Oleh: Hamidun Abdullah

Kaedah Berpolitik Di Malaysia

Krisis MB Selangor hari ini telah menimbulkan persoalan mengenai sistem politik yang diamalkan di Malaysia.

Benarkah sistem yang diamalkan di Malaysia ini yang dikatakan sistem “Parlimentary Democracy” yang tertakluk dalamnya “Pengasingan Kuasa” antara Parliamen, Eksekutif dan Kehakiman? Apakah bentuk sebuah kerajaan dalam sistem Parlimentary Democracy?

ParlimenDalam perbincangan dengan rakan-rakan mengenai isu MB Selangor ini, telah menimbulkan beberapa persoalan yang menarik mengenai fahaman peranan dan hubungan parti politik dengan “political eksekutif” (MB & Exco) serta peranan sebuah kerajaan dengan parti politik.

Antaranya;

1. Apakah peranan parti politik dalam sesebuah demokrasi?

2. Bilakah bermulanya peranan parti politik dan bilakah berakhirnya peranan parti politik? Atau adakah parti politik tidak mempunyai had politikingnya? Adakah politiking dalam sebuah sistem demokrasi berterusan sepanjang tahun, malah seumur hidup manusia atau sebuah negara?
3. Apakah ertinya “pengasingan kuasa”?

4. Siapakah yang ahli Parlimen?

5. Siapakah yang menganggotai political Eksekutif?

Parti politik sebagai alat

Pada pandangan saya, peranan parti politik tidak lebih sebagai “alat” dalam sesebuah sistem demokrasi untuk membolehkan rakyat memilih wakil mereka untuk mengurus negari/negara.

Dan “alat” itu tidak boleh melebihi atau mengatasi orang yang bertanding dalam sesuatu pilihanraya. Dan ini membawa kita kepada soalan kedua; Bilakah bermulanya peranan parti politik dan bilakah berkahirnya peranan tersebut?

Peranan parti politik (atau politiking) bermula dengan terbubarnya parlimen atau DUN dan ia berakhir dengan berakhirnya mengundi.

PAKATAN RAKYATDengan berakhirnya mengundi berakhirlah peranan “alat” (parti politik) dan dengan berakhirnya peranan parti politik, bermulalah sebuah kerajaan yang baru. Dan kerajaan ini tidak mewakili mana-mana parti politik kerana ia mewakili rakyat.

Sebab itu mereka yang menang dalam pilihanraya dikatakan “Wakil Rakyat” kerana mereka mewakili rakyat. Mereka dipilih oleh rakyat untuk mewakili rakyat dalam kerajaan. Mereka “tidak lagi mewakili parti” dan mereka tidak disebut sebagai wakil parti.

Parti politik adalah seperti sebuah kenderaan yang digunakan seseorang untuk sampai ke sesuatu destinasi dan setelah sampai di destinasi tersebut, kita parkirkan kereta dan kita pergi mejalankan urusan kita. Kereta yang dipakir itu sudah tidak mempunyai peranan lagi.

Sebab itu apabila berlaku salahlaku oleh seorang wakil rakyat – contohnya seperti kes Khir Toyo, maka yang salah adalah orang yang melakukan kesalahan itu, bukan parti kerana parti sudah tidak wujud dalam sesebuah kerajaan.

Jika parti masih wujud dan mengatasi seorang wakil rakyat, maka yang patut dipersalahkan semestinya parti bukan orang itu. Maka jika Khir Toyo didapati bersalah maka parti yang dia wakili juga seharusnya turut didenda kerana parti bertanggungjawab ke atasnya. Tetapi tidak demikian.

Maka untuk mengatakan rakyat undi parti bukan undi orang, adalah salah. Jika kita terima bahawa rakyat undi parti, maka tidak perlulah kita masukkan nama calon dalam borang pencalonan dan dalam kertas undi juga cukup dengan hanya lambang parti.

Dan setelah parti menang, bolehkah kita letakkan sahaja lambang parti dimeja MB untuk buat kerja?

Sebab itu di Malaysia politik sangat aneh. Lambang parti memainkan peranan yang sangat hebat sehingga menghabiskan berjuta-juta ringgit mencetak dan mempamerkan lambang parti di seluruh negara – bandar dan kampung, khususnya di musim pilihanraya. Ia merupakan suatu pembaziran yang sangat ketara.

Begitulah fahaman salah bahwa parti mempunyai kedudukan yang sangat utama seperti sesuatu yang sangat keramat.

Pemahaman songsang terhadap sistem politik di Malaysia

Hari ini kita dapati parti politik bukan sebagai sebuah “alat” tetapi ia merupakan “matlamat”.

Maka dengan itu parti politik (politiking) tidak berakhirnya dengan terbentuknya sebuah kerajaan, malah ia berterusan sehingga ke akar umbi masyarakat dan nampak tiada penghujungnya.

Setiap tindakan wakil rakyat mesti patuh kepada arahan parti bukan arahan rakyat yang memilih mereka.

Ikutan dari ketaatan kepada parti atau orang-orang tertentu dalam parti telah melibatkan ganjaran material – rasuah, kronisme dan nepotisme.

Dalam suasana sedemikian, rasuah, kronisme dan nepotisme berkembang dan setelah 57 tahun amalan tersebut berjalan, kini menjadi subur dan telah membentuk suatu budaya politik yang mencengkam minda – membentuk satu sistem “politik songsang”, tetapi diterima sebagai satu sistem politik yang betul.

Peranan dan kepentingan rakyat telah menjadi “irreleven”. “Rakyat didahulukan” dilihat dengan sinis dan hanya dibibir.

Setelah rakyat membuang undi dan memilih wakil rakyat, wakil rakyat bertukar haluan menjadi “wakil parti” dan ketaatan wakil rakyat adalah kepada parti dan mengenepikan ketaatan kepada rakyat, undang-undang, raja dan negara.

Parti menjadi “supreme” dan arahan parti mengatasi segala-galanya – termasuk mengatasi undang-undang negara dan raja.

Oleh kerana fahaman dan amalan songsang ini telah berjalan sejak merdeka, dan tidak siapa pernah mempertikaikan politik songsang ini, maka ia telah diterima sebagai “betul” termasuk mereka yang kononnya menentang rasuah, kronisme dan nepotisme turut terikut-ikut dengan sistem yang songsang ini lalu mana-mana ahli politik yang cuba membetulkan sistem yang songsang ini, dicemuh sebagai orang yang gila kuasa, tidak taat kepada parti, jahat dan dipecat.

Siapakah Wakil Rakyat?

Semua mereka yang berjaya dalam pilihanraya yang dipilih oleh rakyat dalam pengundian, adalah menjadi seorang wakil rakyat kerana dia akan mewakili rakyat bagi tempat/kawasan yang mengundinya.

sukDia akan menjadi anggota DUN atau Dewan Rakyat. Dia juga dikenali sebagai penggubal undang-undang. Di dalam DUN atau Dewan Rakyat dia “tidak mewakili parti” tetapi dia “mewakili rakyat”. Dia akan menimbulkan masalah rakyat dari kawasannya dan mintak pihak yang berkuasa dan mengurus kerajaan (Eksekutif) menyelesaikan masalah di kawasannya.

Dia tidak boleh mendesak pihak Eksekutif membantu “parti”nya sebab dalam DUN atau Dewan Rakyat parti tidak wujud. Sebab itu wakil rakyat di dalam dewan digelar dengan nama kawasan yang dia wakili – seperti wakil Pematang Pauh, wakil Ampang, wakil Padang Besar dan seterusnya dan dia tidak dikenali dengan nama partinya. Parti tidak wujud di dalam dewan.

Kesemua wakil rakyat adalah anggota kerajaan Malaysia atau Negeri dan semua wakil rakyat menerima gaji/elaun yang dibayar dari wang Kerajaan (rakyat) serta menikmati segala keistimewaan sebagai seorang wakil rakyat seperti yang termaktub dalam undang-undang negara/negeri.

Maka bila kita menyebut “kerajaan” ia adalah kesemua mereka yang menang dalam pilihanraya – Semua mereka yang berada di dalam DUN atau Dewan Rakyat.

Siapakah Eksekutif?

Seseorang wakil rakyat yang mendapat kepercayaan ramai anggota DUN atau Dewan Rakyat akan dilantik oleh Raja atau Agung untuk membentuk Kerajaan bagi penggal tersebut. Dia bukan ditentukan oleh parti tetapi ditentukan oleh anggota dalam DUN atau dalam Dewan Rakyat. Dia juga dikenali sebagai “political Eksekutif”.

Kemudian dia akan dilantik sebagai Perdana Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri oleh Raja atau Agong. Dia dikehendaki menggangkat sumpah dan dalam ikrar sumpahnya dia tidak menyebut bahwa dia akan taat kepada partinya dan berlaku adil kepada partinya atau akan menolong partinya, tetapi dia bersumpah akan taat kepada raja dan negara dan “uphold the rule of law” dan berlaku adil terhadap semua rakyat dalam negara atau negeri.

dewan-dun-selangorAdakah dia menyebut nama parti? TIDAK. Parti tidak wujud dalam sesebuah kerajaan yang sedang berjalan selepas tamatnya pilihanraya.

Kemudian PM atau MB atau KM akan mencadangkan lantikan beberapa orang sebagai anggota menteri/eksco untuk membantunya menguruskan negara/negeri bagi penggal tersebut dan mereka ini akan dibantu oleh pegawai tadbir awam di peringkat negara/negeri.

Sebagai “political eksekutif” yang menguruskan sesebuah negara/negeri, PM atau MB atau KM serta eksconya adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang dan prosedur sepertimana yang ditentukan oleh kerajaan – seperti yang terkandung dalam Perintah Am, Arahan Perbendaharaan dan Akta-akta seperti Akta Rahsia Rasmi dan lain-lain.

Urusan kewangannya akan diaudit dan tindakan tatatertib boleh dikenakan ke atas PM/MB/KM dan exconya sekiranya mereka melanggar peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.

Malah jika mereka salahguna kuasa atau wang kerajaan mereka juga boleh dikenakan tindakan SPRM sepertimana yang dikenakan ke atas semua salahlaku oleh pegawai awam kerajaan yang lain.

Di sini kita harus faham bahwa nama parti sudah tidak wujud lagi. “Letterhead” pejabat PM/MB/KM tidak menyebut “Pejabat Menteri Besar Pakatan Rakyat” atau “Jabatan Perdana Menteri Barisan Nasional”.

Sebutan sedemikian adalah salah dari segi undang-undang. Begitulah juga letterhead “Kerajaan Malaysia” bukan “Kerajaan Barisan Nasional Malaysia”.

Suatu masa dahulu kita dapati papan-papan iklan yang memaklumkan projek-projek kerajaan dengan nama “Projek Kerajaan Barisan Nasional”. Ini adalah kesalahan yang amat besar. Ia bukan sahaja melanggar etika sebuah kerajaan tetapi ia melanggar undang-undang negara.
Tetapi malangnya semua orang hanya diam sahaja dan menerima itu sebagai sah. Begitulah juga dengan salahguna jentera kerajaan seperti RTM oleh PM atau menteri-menteri untuk menghentam dan memburukkan “parti politik” yang mereka tidak bersetuju. Pentas politik dan pentas kerajaan dikaburkan.

Seorang PM/MB/KM mesti tahu garis sempadan antara parti dan kerajaan. Sekiranya dia hendak bercakap dalam konteks parti maka jangan dia guna kemudahan kerajaan kerana itu bukan hak parti.

Begitulah juga seorang MB/KM, dia tidak boleh menggunakan kedudukannya untuk membantu partinya. Dan urusan kerajaan mesti dipisahkan dengan urusan parti. Kalaupun seseorang MB/KM merupakan anggota penting parti, maka dia tidak boleh membincangkan hal kerajaan dalam mesyuarat parti dan sebaliknya parti tidak boleh mempersoalnya tentang hal dan urusan kerajaan.

Tetapi jika seorang wakil rakyat mendapati MB/KM atau exconya tidak melaksanakan sesuatu bagi kemudahan rakyat, maka wakil rakyat boleh membangkitkan hal itu dengan MB/KM atau exco.

Sebab urusan rakyat adalah urusan kerajaan tetapi urusan parti bukan urusan kerajaan dan parti dan kerajaan tidak boleh dicampur-adukkan.

Ramai orang yang akan mempertikaikan kenyataan saya ini. Tetapi cuba renungkan. Apakah yang dimaksudkan dengan rasuah, kronisme dan nepotisme? Dan apa erti salahguna kuasa dan ketidakadilan dalam pengurusan sebuah kerajaan?

Cuba lihat apa yang berlaku di Kanada. http://o.canada.com/news/national/prime-ministers-office-tweets-still-blurring-party-lines;

“Prime Minister’s Office tweets still blurring party lines”

OTTAWA — The Prime Minister’s Office has toned down — but not halted altogether — its use of Stephen Harper’s PMO-operated Twitter account to direct people to Conservative party websites, despite questions about whether the practice violates the government’s ethics guidelines.

The PMO maintains, however, that no government resources are being used for political activities.

For several months, the PMO and federal Conservative party appeared to be blurring the lines between official government business and partisan work in their online activities, as the party looked to collect names and contributions from potential new supporters.

http://o.canada.com/news/national/how-stephen-harpers-use-of-social-media-blurs-the-lines-online

The use of government resources for political party purposes appears at odds with the prime minister’s own ethical guidelines for ministers and their staff.

That guide, titled “Accountable Government: A Guide for Ministers and Ministers of State,” says, “In no circumstance should any political activities be performed at a government place of work; nor should any government equipment or material be used for such purposes.”
It also states that ministerial responsibilities include “ensuring that all expenditures in ministers’ and ministers of state’s offices are properly and prudently managed and are related to the conduct of official business.”

Tetapi di Malaysia ssebaliknya – “politik songsang”

Segambut Umno meeting in Home Ministry facility not abuse of government property? –
Last updated on 13/09/2014 – 10:53

Remember the brouhaha created by the federal government over a school venue proposed to hold the wake of late DAP stalwart Karpal Singh, earlier this year?

The Umno-led Barisan Nasional (BN) administration, through the Education Ministry, denied DAP the chance to hold the memorial function at SJKC Chung Kwo on Jalan Loke Yew, as the event was deemed to be a “political event”.

Only the ruling coalition can see, through their jaundiced eyes, a ceremony held to respect a departed man, as being politically motivated. Appalling, but not shocking, in Bolehland.
But clearly, for BN, the fault is only apparent when it concerns the other side of the political divide.

How else would you explain the Segambut Umno holding its meeting in the Home Ministry (KDN) complex recently?

Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi officiated at the event. For the record, Zahid is also Umno vice-president.

Was this meeting not a “political event” and is the KDN complex not a government property?
How is this not a case of abusing government property for politics? Can’t our leaders differentiate between the government and political party?

This sort of double standard practice is nothing that the nation hadn’t seen before.

At the height of campaigning for the Teluk Intan by-election, Umno information chief Datuk Ahmad Maslan was reported as saying that it was not wrong for BN to use schools to campaign for by-elections, as they are “government assets”.

He said so while defending the use of the Sekolah Kebangsaan Kampung Selabak in Teluk Intan, for a “ceramah” session.

Ahmad said the move was justified as the session had permission from the Parent-Teacher Association, as well as the police.

All is well, but since when government property became Umno property?

Umno and its component parties are merely the elected caretakers of the government and its assets. That mandate too, is up for dispute, depending on who you ask.

The justification put up by their leaders is akin to a security guard at a posh bungalow saying “Hey, I take care of this place so I’m free to do anything here”.

Perhaps our BN politicians take the liberty to consider that as long as they are the ruling coalition, the assets which are built, and maintained using taxpayers’ money, are theirs to abuse.

Assets like schools are not the only ones used by those in power.

Sometimes, even wedding convoys (of those linked to the who’s who) of the government, get police outriders to facilitate a smooth journey (at the expense of other motorists’ misery).

One thing for sure, this will not be the last instance where a public property gets (ab)used for political purposes by the ruling elites.

Their moronic logic is “we own it, we use it” while similar requests by other parties, especially from the Opposition, no matter how harmless the purpose is, will get shot down as soon as the requests get put up.

Those who seek answers for such instances have better chances of getting a sensible reply from a wall, than those responsible.

This is after all, Bolehland, where whoever’s with BN (especially Umno) is embraced (and richly awarded) while those who dare to question are told to “Balik” wherever their ancestors came from or asked to have their citizenships revoked.

http://www.theantdaily.com/Top-Stories/Segambut-Umno-meeting-in-Home-Ministry-facility-not-abuse-of-government-property#sthash.S1Wf9Xox.dpuf

Masalah TSKI Selangor

Di sinilah yang timbulnya masalah MB Selangor. Mereka dalam PR khususnya PKR tidak dapat keluar dari pemikiran politik UMNO/BN.

Amalan politik songsang UMNO/BN selama 57 tahun itu telah tertanam dan terukir dalam minda setiap ahli politik Malaysia. Lebih-lebih lagi ramai mereka dalam PKR adalah bekas orang UMNO/BN. Mereka tidak mampu keluar dari kepompong politik UMNO/BN.

TSKI menjadi jahat kerana hendak membetulkan amalan politik songsang UMNO/BN yang telah menjadi budaya dan piawai dalam politik Malaysia.

Tuduhan terhadap TSKI

1. TSKI tidak membantu partinya.

Apakah yang dimaksud dengan tidak membantu parti? Adakah kerana TSKI tidak menggunakan wang negeri yang berlebihan itu untuk membantu parti?

sidang dun bersidang 5Jika inilah yang dimaksudkan bererti politik songsang benar-benar telah menjadi budaya dalam pemikiran ahli-ahli politik Malaysia.

Maka slogan PR memerangi rasuah, kronisme dan nepotisme adalah slogan manis di mulut sahaja tetapi pada amalannya tidak beza dengan amalan UMNO/BN.

Kedua, menolong parti ada dua cara. Secara “direct” dan secara “indirect”. Secara direct adalah dengan menggunakan tenaga dan pemikiran, menjelajah negeri untuk memberi penerangan dan mencari dana untuk parti dan sebagainya.

Ini sepatutnya dilakukan oleh ahli-ahli parti yang berada di luar pentadbiran negeri.

Secara “indirect” ialah dengan membuat rakyat suka pada kerajaan dan kesukaan rakyat itu akan diterjemahkan dalam bentuk rakyat memberi undi kepada parti dalam pilihanraya.

Ini dilakukan oleh ahli-ahli parti yang berada di dalam pengurusan kerajaan negeri. Mereka (MB dan exconya) terlalu sibuk melaksanakan tugas harian mereka.

Oleh itu mereka membantu dengan mempamerkan sikap amanah dan adil dalam pengurusan wang rakyat seperti program merakyatkan ekonomi Selangor – seperti membina rumah mampu milik, membaiki rumah terbengkalai, membantu mereka yang kurang upaya, membantu rakyat dalam bidang pendidikan dan lain-lain.

Termasuk juga dalam membantu rakyat ini adalah dengan mengurangkan kebocoran dan pembaziran dalam perbelanjaan negeri – tidak tunduk pada rasuah, menentang kronisme dan nepotisme.

Jadi untuk mengatakan TSKI tidak membantu parti adalah salah. Mereka dalam pentadbiran negeri tidak boleh mempamerkan “parti” dalam pengurusan kerajaan kerana seperti yang saya nyatakan di atas parti sudah tidak wujud dalam pentadbiran negeri setelah tamatnya pengundian – setelah terbentuknya sebuah kerajaan. Pentadbiran negeri bukan kerajaan mana-mana parti.

Ia adalah kerajaan negeri Selangor – bukan kerajaan “PR” negeri Selangor. Inilah yang saya labelkan sebagai “politik songsang” UMNO/BN. Jadi parti yang melaungkan “reformasi” tidak boleh terikut dengan cara pemikiran dan amalan UMNO/BN.

2. TSKI degil dan buat kerja seorang diri, tidak bincang dengan pucuk pimpinan parti.

Jika kedegilan TSKI itu dikaitkan dengan penggunaan wang rakyat, memang betul dan sepatut dia seorang yang degil, kerana wang itu adalah amanah dari rakyat dan beliau terpaksa berhati-hati dengan wang rakyat. Jika itu dilihat sebagai suatu kesalahan, ia amat malang bagi PR.

mb khalid ibrahim kongres ke 9 PKR 01Berkaitan dengan membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada parti, ini sesuatu yang perlu diteliti. Terdapat sepuluh orang exco yang membantunya dan mereka bermesyuarat setiap minggu.

Tambahan pula Selangor satu-satunya negeri yang mempunyai “penasihat ekonomi”. Apakah peranan penasihat ekonomi kalau tidak berlaku perbincangan dengan MB dalam hal-hak kerajaan negeri?

Sekali lagi saya tegaskan bahwa dalam pentadbiran negeri tiada parti politik, yang ada adalah pegawai kerajaan negeri atau persekutuan dan mereka tertakluk dengan peraturan-peraturan kerajaan yang telah ditetapkan dan diterima pakai semenjak merdeka.

Tindakan MB tidak boleh disembunyikan kerana semua perkara mesti melalui prosedur yang telah ditetapkan dalam Perintah Am dan Arahan Perbendaharaan.

Jika sekiranya TSKI mengikuti prosedur dan melalui proses yang betul apakah itu boleh dikatakan membuat keputusan sendiri?

Semua urusan kerajaan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi. Ini bererti ada perkara yang tidak boleh dibincang secara terbuka dan hanya diketahui oleh segelintir orang yang berkaitan sahaja.

Dan ada perkara yang dirahsiakan pada peringkat awalnya dan kemudian diumumkan diperingkat akhirnya setelah semuanya tunggu untuk dilaksanakan. Inilah kaedahnya yang berlaku dan dilakukan disemua jabatan kerajaan.

3. Tuduhan terhadap perkara-perkara peribadi TSKI.

Saya kira sekiranya kita hendak melibatkan peribadi seseorang, tiada seorang pun di atas muka bumi ini yang terlepas dari mempunyai masalah peribadi, lebih-lebih lagi orang politik.

Yang pentingnya adakah masalah peribadinya itu menganggu dan menjejaskan pengurusan dan tugas rasminya?

Jika ia tidak melibatkan pengurusan dan tugas rasminya itu bukanlah sesuatu yang harus diperbesarkan.

Sangkaan bukanlah suatu kesalahan dan tuduhan tidak membuatkan seseorang itu bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah.

Jika seseorang itu telah diakui umum sebagai seorang yang baik, jujur dan beramanah tiba-tiba ada orang yang datang dengan khabar bahwa orang itu jahat, rasuah dan tidak beramanah, apakah reaksi kita?

Islam mengajar kita supaya menyemak dan menyelidiki terdahulu berita yang disampaikan itu. Kita dilarang mempercayai secara “bertakliq” buta.

4. Tuduhan bahawa TSKI tidak hadir dalam mesyuarat parti.

Saya difahamkan bahawa TSKI bukanlah seorang yang mempunyai jawatan dalam parti. Oleh itu atas alasan apakah beliau dikehendaki menghadiri mesyuarat parti? Ada yang mengatakan beliau dikehendak hadir atas kedudukannya sebagai MB.

Inilah yang saya katakan “pemikiran politik songsang”. MB UMNO/BN merupakan ketua perhubungan negeri parti.

MB UMNO/BN mempunyai kedudukan dalam parti. Begitulah juga dengan LGE di Penang. Beliau SU DAP. Jadi beliau kenalah hadir mesyuarat parti.

Tetapi TSKI bukan ada jawatan dalam parti. Kenapa dia harus hadir dalam mensyuarat parti.
Jikalau dia dikehendaki hadir atas kapasitinya sebagai MB, itu adalah satu kesalahan, sebab parti hanya membincang urusan parti bukan urusan kerajaan dan TSKI tidak boleh membincangkan urusan kerajaan dalam mesyuarat parti.

Ini sangat menyalahi prosedur kerajaan walaupun orang UMNO/BN berbuat demikian. Inilah yang saya katakan “politik songsang” UMNO/BN yang ditentang oleh PR.

Tiba-tiba PR pula hendak melaksanakan perkara yang dia tentang orang lain buat. Apa ini?

MBPelajar-pelajar sejarah sains politik akan datang – mungkin 10 atau 20 tahun akan datang – dalam mengkaji sistem politik Malaysia, akan mendapati bahawa pada Julai 2014 seorang MB Selangor bernama TSKI – setelah mentadbir Selangor dengan cemerlang – telah diarah oleh partinya meletak jawatan sebagai MB dan seterusnya dipecat dari keahlian partinya kerana enggan mengamalkan “politik songsang” yang merupakan piawai pada masa itu.

Jika TSKI dipecat kerana beliau cuba mengembalikan kewarasan dalam sistem berpolitik di Malaysia, saya kira itu adalah suatu penghormatan kepada beliau dan orang yang memecatnya adalah golongan songsang yang “cakap lain buat lain”.

Wallahu ‘alam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.