Categories
NASIONAL

Program tarbiyah ahli baru PAS perlu diperkasa – Idris

AFIX REDZUAN

BATU PAHAT 20 SEPT: Program tarbiyah dalam PAS perlu diperkasa seiring pertambahan ahli parti, kata Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS, Idris Ahmad .

Beliau berkata, program itu mengandungi enam silibus yang disusun Almarhum Ustaz Yahya Othman dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1982.

“Pas sebagai gerakan dakwah dan gerakan Islam. Semua ahli kena faham. Ini membezakan kita dengan jemaah dakwah dan jemaah parti politik lain,” katanya bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan perwakilan Negeri Sembilan.

Pada sesi penggulungan dalam Muktamar Tahunan PAS ke-66, Idris berkata, kebanyakan ahli baru yang menyertai jemaah hanya memahami tahaluf siyasi sedangkan ia bukan asas utama menyertai jemaah.

Sebaliknya, beliau berkata, asas mengenal Islam adalah perkara pokok yang perlu difahami ahli yang menyertai jemaah tarbiyah.

Saksikan siaran langsung Muktamar Tahunan PAS ke-66 melalui tvselangorku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.