Categories
SELANGOR

Exco: Pulihkan keyakinan rakyat pada Pakatan

KLANG 26 SEPT: Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad mahu keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat dipulihkan sepenuhnya setelah melalui kemelut politik hampir sembilan bulan.

Katanya, terdapat banyak agenda yang perlu diteruskan demi membela nasib rakyat.

PAKATAN RAKYAT“Masanya kini adalah untuk memandang ke hadapan,” kata Iskandar selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Exco di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah berkata beliau berharap dapat bekerjasama dengan barisan exco dan Menteri Besar baru bagi memastikan kebajikan rakyat dilaksanakan segera.

“Saya berterima kasih kepada Tuanku dan Menteri Besar kerana melantik saya sebagai exco yang baru,” katanya.

Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berkata ketika ini semua perlu pandang ke depan dan bekerja lebih keras demi rakyat Selangor.

“Ada banyak kerja kita perlu selesaikan untuk rakyat, terima kasih atas kepercayaan Tuanku Sultan dan juga Menteri Besar kita yang baru,” katanya.

Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau berjanji akan melaksanakan tugas exco sebaik mungkin.

“Ini tanggungjawab yang berat. Terima kasih atas kepercayaan yg diberikan YAB Menteri Besar dan PKR,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.