Categories
SELANGOR

Rakyat mahu Azmin bawa idea baru pembangunan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 26 SEPT: Rakyat mengharapkan perubahan dan idea baru diterapkan dalam pembangunan negeri dengan pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar baru.

PC MB Azmin di SUK (5)Rata-rata orang awam ditemui SelangorKini mahu Azmin sebagai orang muda lebih cergas memajukan negeri dan meneruskan kesinambungan kecemerlangan pimpinan terdahulu.

Ahli Perniagaan, Mohd Termizi Abu Bakar, 51, berkata, Azmin sebagai seorang ahli politik muda adalah pilihan tepat diputuskan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Kita sebagai rakyat ingin melihat pembaharuan,”katanya.

Beliau berharap Azmin diberi peluang secukupnya untuk membuktikan kebolehannya.

“Keputusan istana tidak boleh dipertikaikan,” katanya yang menganggap Tuanku Sultan tentu sudah mengkaji berhubung keputusan dibuat itu.

Pengusaha Kafe, Siti Rawan Baharom, 54, berkata, Azmin perlu disokong rakyat supaya beliau boleh meneruskan segala perancangan dibuat dan menambahbaik pentadbiran.

“Saya berharap kebajikan rakyat terus diberikan keutamaan,” katanya.

Pengawal Keselamatan, Rashid Mustafa, 60, pula berpendapat siapa dilantik menjadi Menteri Besar tidak penting tetapi perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah.

“Saya tidak kira siapa menjadi Menteri Besar, soalnya dia bekerja dengan baik dan ikhlas untuk rakyat. Harapan saya supaya dia (Azmin) lebih baik daripada yang sudah-sudah,” katanya.

Berkongsi pandangan, rakan setugasnya, Mahrani Yunus, 52, berkata, keputusan dibuat istana mengenainya boleh dianggap terbaik bagi menjamin kemakmuran Selangor.

“Kita jangan pertikaikanlah,” katanya dengan harapan seluruh rakyat akan beroleh manfaat apabila isu berkaitan telah diselesaikan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.