Categories
SELANGOR

Rezab meningkat RM3.35 bilion walau belanja kebajikan bertambah

Oleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA, 14 SEPT: Rezab Negeri Selangor terus meningkat kepada lebih RM3.35 bilion walaupun perbelanjaan yang diperuntuk bagi pelbagai program kebajikan bertambah.

Antaranya ialah Pemberian Air Percuma, Tabung Anak Selangor (TAWAS), Wang Hadiah Masuk Universiti, khairat kematian, Jom ‘Shoping’, pinjaman tanpa faedah untuk memulakan perniagaan bagi penduduk bandar dan desa, rawatan kesihatan percuma dan lain-lain.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, lebih 3.5 juta penduduk Selangor mendapat faedah daripada program berkenaan.

“Sejak agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dilancarkan pada Jun 2008, Kerajaan Negeri membelanjakan lebih RM1.63 bilion untuk membiayai program kebajikan,” katanya.

Beliau berkata demikian di Pesta Tanglung Peringkat Selangor 2014 di Chempaka Buddhist Lodge, di sini, malam tadi.

Pesta Tanglung MBPJ - MB (6)

Mengenai sambutan Pesta Tanglung, Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri bercadang ia dijadikan produk tarikan pelancongan sempena Tahun Melawat Selangor 2015.

Justeru itu, beliau berharap masyarakat Cina di negeri itu memberi cadangan bagi menjayakan rancangan terbabit.

Pada sambutan Pesta Tanglung Peringkat Selangor 2014 yang bermula sejak awal pagi semalam berlangsung meriah dan dianggar lebih 10,000 orang hadir.

Ia turut dihadiri Exco Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad.

Leave a Reply

Your email address will not be published.