Categories
SELANGOR

RTKL 2020 ambil kira pandangan rakyat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 10 SEPT: Kerajaan Negeri akan mengambil kira segala pandangan rakyat yang disuarakan berhubung Rancangan Tempatan Kuala Langat (RTKL) 2020.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata setakat ini terdapat 144 bantahan dan maklumbalas diterima dari pemilik tanah dan pihak berkepentingan.

PC excoKatanya, antara cadangan yang diutarakan ialah keperluan untuk mengubah syarat tanah daripada perumahan kepada perindustrian.

“Cadangan ini adalah berdasarkan permohonan daripada pemilik tanah dan kajian Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

“Butir-butir bantahan dan maklumbalas yang diterima akan dibincangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor dan Mesyuarat Exco sama ada untuk menerima atau menolaknya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco di Bangunan SUK, di sini.

Iskandar memaklumkan beliau sendiri mempengerusikan Pendengaran awam untuk Draf Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) 2020 yang diadakan pada 8 September lepas di MDKL.

“Rancangan tempatan ini mengambil kira pembangunan yang pesat di daerah tersebut.

“Rancangan tempatan itu telah mencadangkan lot-lot tanah yang strategik diubah syarat dari pertanian kepada perumahan atau perindustrian,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.