Categories
NASIONAL

Salehuddin cadang tempoh pemilihan parti tiga tahun sekali

Oleh Afix Redzuan

BATU PAHAT, 20 SEPT: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mencadangkan pindaan perlembagaan parti bagi membolehkan beberapa perkara termasuk tempoh pemilihan ditukar dari dua tahun kepada tiga tahun.

Menyatakan sedang menyiapkan draf perlembagaan untuk dibawa ke peringkat tertinggi sebelum dipersetujui pucuk pimpinan PAS Pusat, beliau turut meminta jawatan sedia ada ditambah demi menjadikan perlembagaan lebih dinamik.

“Insya-Allah beberapa pindaan perlembagaan akan kita bawa setelah saya selesai mendapat persetujuan daripada PAS Pusat.

“Dua tahun mungkin tidak relevan lagi, ada pandangan biarkah pemilihan tiga tahun sekali.¬†Jumlah jawatan dalam parti pula perlu ditambah kerana semakin ramai cerdik pandai dalam parti.

“Ramai ulama muda dan profesional masuk dalam parti kita kebelakangan ini. Mungkin 18 jawatan dalam peringkat pusat akan dijadikan 25,” katanya pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60.

Beliau berkata, beberapa jawatan baru seperti Ketua Perhubungan Awam dan Pengarah Strategi mungkin boleh diwujud tetapi memerlukan persetujuan pimpinan pusat dan muktamar.

Saksikan siaran langsung Muktamar Tahunan PAS ke-66 melalui tvselangorku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.