Categories
SELANGOR

Serah lembu korban program rasmi pertama sebagai MB

Oleh AFIX REDZUAN

RAWANG, 24 SEPT: Program rasmi pertama Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu ialah penyerahan lembu korban sempena menjelang sambutan Aidiladha.

Penyerahan 763 lembu itu diurus Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS), sebuah anak syarikat kerajaan negeri.

aa1Dalam ucapan, Azmin menyatakaan penghargaan terhadap sumbangan dan prestasi anak syarikat kerjaan negeri yang menyumbang lembu korban itu.

“Kita mahu keuntungan, tetapi kalau keuntungan itu tidak disusuli dengan tanggungjawab sosial, maka ia satu kegagalan besar,” katanya.

Antara anak syarikat yang menyumbang ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Pengurus Besar PKPS, Thamby Omar Mohamed pula berkata, PKPS dipertanggungjawab menguruskan penyerahan lembu korban sejak tahun lalu.

“Semua lembu diimport dari Ireland. Ia disimpan di ladang PKPS di Sungai Panjang dan diserah bermula 2 Oktober hingga 4 oktober depan

“Setiap lembu berat 260kg seekor,” katanya.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.