Categories
SELANGOR

Shah Alam City Ride tarikan baru pelancong

Oleh: Syasya

SHAH ALAM, 20 SEPT: Program Kayuhan ‘Shah Alam City Fun Ride’ anjuran Malaysia Islamic Art & Tourism Souq dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diyakini dapat meningkatkan lagi daya tarikan Shah Alam di kalangan pelancong.

Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Selangor, Datuk Musa Yusuf berkata, program itu bertujuan memperkenalkan tempat menarik sekitar Shah Alam bagi orang ramai yang memiliki basikal.

MB basikal“Peserta kayuhan akan melalui lapan kawasan tarikan pelancongan yang bermula di Masjid Negeri Shah Alam, Kompleks Taman Seni Islam, Muzium Shah Alam, Laman Seni Seksyen 7 dan banyak lagi.

“Program ini juga bertujuan menggalakkan orang ramai berbasikal dan melawat bandaraya Shah Alam,” katanya kepada pemberita hari ini.

Seramai 680 peserta kayuhan menyertai program itu dengan jarak 20 kilometer bermula di Dataran Shah Alam sehingga ke Laman Seni Seksyen 7 sebelum berpatah balik berakhir di Kompleks Taman Seni Islam.

Program itu dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Terdapat aktiviti dijalankan sepanjang hari ini antaranya Pameran Seni Islam, derma darah, pertandingan kaligrafi, bengkel wanita dan cabutan bertuah.

“Kami bersama-sama MBSA dan Tourism Selangor Berhad menambah baik dan mengenalkan lagi keistimewaan Shah Alam kepada pelancong,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.