Categories
NASIONAL

Simbolik vest ‘Kami bersama Presiden dan Majlis Syura’

KOTA TINGGI 16 SEPT: Beberapa perwakilan Pemuda PAS memakai jaket warna hitam bertulis ‘Kami bersama Presiden dan Majlis Syura’ dipercayai dari Terengganu dan Selangor.

Mereka dipercayai penyokong Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang, juga bertindak keluar dewan ketika Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu berucap.

20140916_181807
Ia dipercayai ada kaitan kemelut politik Selangor dengan Mohamad Sabu yang dilihat menyokong Presiden PAS, Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Sedangkan, Hadi dan Majlis Syura Ulama cenderung untuk menolak Wan Azizah ke kerusi itu, malah patuh kepada permintaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menghantar lebih dua nama calon.

Muktamar Pemuda PAS ke-55 bertema Memperkukuh Muafakat itu berlangsungĀ dua hari bermula 16 September di Dewan Chon Moi di sini, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.