Categories
NASIONAL

Sistem ‘mengarut’ punca guru bocor soalan untuk ‘ajar’ kementerian

Oleh Lizawati Madfa
SHAH ALAM 12 SEPT: Seorang guru tidak menolak kemungkinan dalam membocor soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dibuat rakan seprofesion bagi ‘mengajar’ Kementerian Pendidikan.

Hanya mahu dikenali sebagai Nurul, beliau berkata perbuatan itu mungkin dilakukan sebagai protes berikutan sistem pendidikan sedia ada membebankan guru dan ‘mengarut’.

UPSR1

“Mungkin ini jalan untuk sedarkan menteri agar menghentikan segala sistem mengarut yang membebankan guru.

“Guru diberi tekanan prestasi pelajar dan sekolah untuk kejar prestasi dan gred yang ditetapkan oleh pihak kementerian,” katanya pada perbualan di Facebook.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identitinya lantaran khuatir dikenakan tindakan atas pandangannya yang tidak sehaluan dengan kementerian.

UPSR2

Nurul berkata, tanggungjawab guru hari ini sangat terbeban dengan pelbagai sistem, jauh berbeza dengan peranan pendidik sekitar 20 tahun lalu.

Beliau berpendapat, dalang yang membocor soalan itu mungkin bertujuan cuba memenuhi indeks pencapaian yang ditetapkan kementerian.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.