Categories
SELANGOR

Speaker: Isu MB harap dapat diselesaikan segera

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 SEPT: Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh lega apabila isu Menteri Besar akhirnya hampir tamat episodnya.

Beliau yang juga Adun Subang Jaya berkata, dengan pelantikan baru itu maka DNS dijangka dapat berlangsung dengan lancar pada November nanti.

hannah yeoh 1Lebih-lebih lagi, katanya, persidangan hujung tahun biasanya melibatkan pembentangan bajet dan peruntukan negeri.

“Saya harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kerana persidangan DNS pun tidak lama lagi.

“Kita tidak punya banyak masa lagi, bajet mesti disediakan, saya fikir sekarang sesuai kita putuskan semuanya,” katanya selepas meninjau kerja-kerja pembaikan saliran oleh pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di kawasan komersial SS 15 di sini pagi tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar yang akan diadakan pada 23 September (Selasa) ini di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang pada jam 10 pagi.

Hannah bagaimanapun mengesahkan beliau masih belum menerima kad jemputan untuk menghadiri upacara itu.

Sehingga kini, Istana masih tidak mengumumkan nama calon yang bakal menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Difahamkan pilihan calon menteri besar baru itu akan didedahkan tidak lama lagi, selepas keputusan muktamat terhadap jawatan itu dibuat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.