Categories
SELANGOR

Sultan: “Lupakan sengketa lalu, tumpu bangunkan negeri”

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KLANG, 26 SEPT: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru Exco baru yang mengangkat sumpah memberikan sokongan kepada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menjalankan tugas.

Baginda Sultan turut mengucapkan terima kasih kepada Abdul Khalid kerana berjaya menjalankan tugas Menteri Besar dengan sempurna dan mengekalkan hubungan baik antara Sultan dan Istana.

Sultan“Lupakan sengketa lalu dan tumpukan segala tenaga kepakaran dan pengalaman untuk berkhidmat kepada rakyat yang memberikan mandat,” titah Sultan Sharafuddin.

Baginda Sultan bertitah demikian di Majlis Perlantikan Exco Baru Negeri Selangor di Balairong Seri Istana Alam Shah, di sini, hari ini.

Titah tuanku lagi, rakyat tidak gemar terpaksa tinggal di dalam sebuah negeri yang dalam keadaan huru-hara.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.