Categories
SELANGOR

Sultan tegur, MB terima dengan hati terbuka

KLANG 26 SEPT: Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata beliau menerima titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan hati terbuka berkenaan kemelut Menteri Besar.

Beliau berkata, titah Baginda patut dilihat sebagai nasihat untuk kebaikan semua pihak.

Sultan“Baginda beri nasihat untuk semua Adun supaya tumpukan kepada kerja serta menjaga keharmonian,” katanya.

Azmin berkata demikian kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah jawatan 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di depan Sultan Selangor di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Sultan Selangor, dalam titah baginda pada istiadat itu menyifatkan kemelut politik adalah disebabkan dengan ‘Langkah Kajang’ yang mahu menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar.

Dalam pada itu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang media di Ibu Pejabat PKR mengulas  tidak mahu isu itu.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana menghormati menteri besar yang hadir bersama saya,” kata Anwar.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.