Categories
NASIONAL

Tasik dwi-fungsi atasi banjir dan rekreasi

KLANG 12 SEPT: Kerajaan Selangor melaksanakan projek kolam tadahan yang boleh digunakan sebagai taman tasik untuk rekreasi disamping mengatasi masalah banjir yang berlaku di Taman Sentosa dan Bandar Puteri.

Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata beliau mengajak orang ramai terutamanya penduduk setempat untuk menyumbangkan pokok, bangku taman atau lampu solar untuk kegunaan penduduk bagi menceriakan kawasan itu.

TasikKatanya, untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan sumbangan tersebut, boleh hubungi Pejabat DUN Seri Andalas di talian 03-33744595.

Sebelum itu diadakan majlis menanam pokok di tapak kolam tadahan seluas 19 ekar yang akan dijadikan sebuah kawasan rekreasi.

Bertempat di Jalan Kebun, bersebelahan tangki air Bandar Puteri Klang, kawasan rekreasi ini akan dilengkapi laluan pejalan kaki, tapak gerai dan tempat letak kereta yang akan memudahkan para penduduk untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama keluarga.

“Satu program menanam pokok bersama-sama penduduk setempat akan diadakan pada 21 September 2014 ini dari jam 4 petang hingga 6 petang.

“Orang ramai dijemput hadir menyertai program tersebut,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.