Categories
SELANGOR

Tempoh bantahan Draf Rancangan Tempatan PJ dilanjut

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 SEPT: Kerajaan Selangor memutuskan tempoh bagi bantahan Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya  1 (Pengubahan 2) dan Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (Pengubahan 1) dilanjut.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Exco Rabu lalu.

“Tarikh akhir asal untuk bantahan ialah 5 September ini dan dilanjutkan selama empat minggu.

“Ini memberi peluang kepada lebih ramai untuk membuat bantahan atau memberi pandangan,” katanya pada kenyataan medianya, hari ini.

Iskandar berkata, bantahan terhadap draf itu mula diterima sejak 7 Ogos lalu dan tempohnya dilanjut berikutan faktor kepesatan pembangunan di bandar raya berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.