Categories
SELANGOR

Teng: “Banyak kerja tertunggak menanti”

Oleh: AFEEQA AFEERA

KLANG 26 SEPT: Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim berkata beliau menjangkakan banyak kerja tertunggak yang perlu digalas selepas dilantik semula menjawat exco.

Katanya, beliau belum dimaklumkan mengenai portfolionya kerana perbincangan akan dibuat selepas ini setelah selesai mengangkat sumpah.

teng chang kim 1“Sudah tentu banyak kerja yang menunggu kerana tujuh minggu tidak masuk ke pejabat, jadi saya jangkakan sudah tentu banyak kerja tunggakan yang terpaksa diuruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Angkat Sumpah di Istana Alam Shah di sini, hari ini.

Teng berkata, beberapa bulan akan datang keadaan akan menjadi lebih sibuk.

“Saya juga perlu menunggu arahan daripada Datuk Menteri Besar baru apakah tugas selanjutnya yang akan dipikul oleh saya.

“Saya percaya Dato’ Menteri Besar akan panggil mesyuarat untuk mengatur kerja untuk semua exco yang telah mengangkat sumpah,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau juga “tiada masalah” dengan komposisi 4:3:3 yang memberi kelebihan kepada PKR kerana perkara itu pernah berlaku dalam penggal pelantikan sebelum ini.

“Saya rasa tidak ada masalah. Kalau kita lihat pada penggal pertama, 4:3:3 di mana PKR adalah 4. Pada penggal kedua, empat (4) itu adalah PAS.

“Sekarang kembali kepada PKR. Jadi ia pernah berlaku, bukan kali pertama PKR diberi empat kerusi. Jadi biasalah,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.