Categories
NASIONAL

Terima saja keputusan Sultan Selangor walau PAS terpilih

BATU PAHAT, 19 SEPT: PAS digesa menerima apa jua keputusan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor baharu sekalipun pemimpin parti itu terpilih.

Perwakilan Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, ini termasuk sekiranya Sultan Selangor memilih pemimpin PAS bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Siapa saja yang dipilih oleh sultan, kita terima. Kita akan terima walaupun ada pandangan yang kata jika pimpinan, sultan pilih PAS kena bantah, kenapa?

“Kalau sultan pilih kita, sudah tentu kita akan pertahan. Kita minta semua rakan kita mengukuhkan PR dengan terima pilihan itu,” kata perwakilan Terengganu, Mohd Nor Hamzah  pada sesi perbahasan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, hari ini.

Ia berlawanan dengan gesaan Perwakilan Perlis, Wan Kharizal Wan Khazim yang menggesa muktamar membuat ketetapan supaya menolak jawatan Menteri Besar Selangor jika ia diberi kepada PAS.

Katanya, gesaan itu sebagai menunjukkan PAS sebuah parti yang berpegang pada janji dan mempunyai nilai integriti di mana sebelum ini parti telah memutuskan kerusi itu diberikan PKR.

Saksikan siaran langsung melalui TVSelangorku.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published.