Categories
NASIONAL

Ulama perlu turun perjelas konteks Islam sebenar – PAS Perak

Oleh AFIX REDZUAN

BATU PAHAT, 18 SEPT: PAS Perak mencadangkan golongan ulama turun bertemu masyarakat bagi menjelaskan penyelesaian sesuatu masalah dari sudut Islam.

Perwakilan, Noh Ahmad berkata, mereka perlu berbuat demikian berikutan masyarakat Islam di Malaysia lebih mengenal Islam dari konteks yang dibawa Umno.

“Masyarakat hari ini kenal Islam daripada kaca mata Umno dan Umno memahami Islam dalam konteks perlembagaan yang ada pada hari ini.

“Menjadi tanggungjawab kepada PAS untuk menjelaskan kepada masyarakat, beginilah cara Islam.

“Selagi masyarakat terkongkong dengan pandangan Islam yang dibawa oleh Umno, maka selagi itulah kita tidak boleh merealisasi hasrat ‘Pas For All’,” katanya.

Untuk saksikan siaran langsung Muktamar Tahunan PAS ke-60, klikĀ tv.selangorku.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published.