Categories
SELANGOR

Unit Amal Pandan tangguh kawalan keselamatan

SHAH ALAM 4 SEPT:  PAS Kawasan Pandan menangguhkan kawalan keselamatan di Stesyen LRT Pandan Indah malam tadi setelah Polis berjanji mempertingkatkan keselamatan di sekitar stesyen itu.

Adun Chempaka, Iskandar Samad berkata beliau mengucapkan terima kasih di atas kesungguhan Tuan ACP Khairuddin bersama-sama dengan lebih 20 orang pegawai dan anggota yang turun padang malam tadi untuk melihat sendiri masalah di Stesyen LRT Pandan itu.

Unit AMAL PASLebih 25 orang anggota Unit Amal, petugas PAS Kawasan Pandan dan petugas Pusat Khidmat Ahli Dewan Chempaka berkumpul di stesyen itu mulai jam 8.00 malam tadi untuk meninjau tahap keselamatan di situ sebelum mengadakan rondaan.

“Kami mengucapkan syukur pertembungan Polis dan anggota Unit Amal Pandan diketuai Zahriezan Jamaluddin, Ketua Pemuda PAS Kawasan Pandan di stesyen LRT Pandan Indah malam tadi berakhir tanpa sebarang insiden tidak diingini,” kata Iskandar dalam kenyataan media.

Iskandar berkata Anggota Unit Amal itu dijadualkan membuat rondaan di stesyen itu bersama-sama petugas dari PAS Kawasan Pandan dan wakil penduduk Pangsapuri Inai berhampiran.

“Pihak kami mengarahkan Unit Amal melakukan rondaan mulai malam tadi kerana terdapat kes-kes jenayah seperti ragut dan tetak melibatkan pengguna LRT.

10612606_860961217256210_7742091721180148116_n“Walau bagaimanapun pihak kami menerima nasihat Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Tuan ACP Khairuddin Saad, agar rondaan itu dihentikan dan satu perbincangan diadakan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah keselamatan di stesyen LRT,” katanya.

Iskandar berkata beliau akan mengatur satu pertemuan dengan Polis untuk membincangkan masalah keselamatan.

“Walau bagaimanapun, pihak kami melalui anggota Unit Amal, petugas PAS Kawasan Pandan dan penduduk tempatan akan terus memantau Stesyen LRT Pandan Indah pada waktu malam bagi memastikan terdapat rondaan keselamatan yang secukupnya oleh pihak Polis.

“Kami yakin kerjasama di antara pihak kami, penduduk tempatan dan Polis penting di dalam usaha membanteras jenayah,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.