Categories
NASIONAL

Universiti ‘dikuasai’ perempuan, di mana lelaki?

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 3 SEPT: Peningkatan jumlah pelajar perempuan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) masa kini bukanlah suatu mengejutkan kerana mereka semangnya layak menyambung pelajaran berdasarkan keputusan merit peperiksaan dicapai.

Pengerusi Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa), Safwan Anang berkata, tidak timbul soal dominasi gender di IPTA kerana perempuan pada hari ini membuktikan peningkatan bersaing dengan lelaki termasuk dalam bidang profesional.

universiti“Bukan universiti hadkan kuota berapa banyak lelaki atau perempuan boleh masuk sebab kita ikut merit (peperiksaan).

“Bila ikut merit itu yang nampak lebihnya perempuan. Bagi saya itu adalah kualiti wanita hari ini yang kita tidak nafikan dimana mereka dah boleh saingi kerjaya yang dahulunya digalas lelaki.

“Saya tidak nampak itu suatu isu besar yang perlu diketengahkan,” katanya kepada Selangor Kini.

Bekas Mahasiswa Universiti Malaya (UM) ini turut berpandangan, jumlah pelajar lelaki yang berkurangan di IPTA disebabkan faktor lelaki lebih cenderung untuk mencari pengalaman kerja berbanding menyambung pelajaran.

Laporan akhbar sebelum ini memaklumkan seramai 26,030 orang atau 69.5 peratus pelajar perempuan diterima masuk menyambung pelajaran di IPTA tahun ini berbanding pelajar lelaki seramai 11,437 orang atau 30.5 peratus.

Situasi ini menyaksikan nisbah pelajar lelaki dan perempuan di universiti adalah 30:70.

Beliau berkata, kebanyakkan lelaki menyambung pelajaran kebiasaannya akan mencari bidang kerjaya yang berbeza berbanding jurusan yang dipelajari di IPT.

Katanya, meskipun perempuan kini sudah berada di suatu tahap yang tinggi dalam pendidikan mahupun profesional, mereka masih menghormati peranan lelaki.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.