Categories
SELANGOR

Westport pelabuhan ke-12 terbesar dunia rai ulang tahun ke-20

Oleh: AFIX REDZUAN

PELABUHAN KLANG, 11 SEPT: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli merasmikan Terminal Kontena ke-7 (CT7) dan Sambutan Ulang tahun Ke-20 Westsports Malaysia Sdn Bhd, di sini.

Sambutan dianjurkan tanda kemajuan Westports yang beroperasi sepenuhnya pada 1996 dalam bidang pengendalian kontena di Selangor.

Sultan WestportPerasmian Westports Malaysia Sdn Bhd turut menjadi nadi penting industri kontena negara selain menyumbang kepada peningkatan ekonomi Selangor terutamanya di Pulau Indah.

Tema sambutan tahun ini adalah ‘Satu Pasukan Satu Impian (One Team One Dream).

Westports hanya memulakan operasi kontena pada 1996 mengendalikan 19,000 TEUs.

TEUs merupakan cara pengukuran digunakan menentukan jumlah kontena.

Terdapat dua jenis kontena digunakan iaitu kontena berukuran 40 kaki dan 20 kaki.

Dua tahun sebelum itu, operasi Westports menjurus kepada pengendalian kargo konvesional.

Bermula tahun seterusnya, Westports berjaya mencapai jumlah 117,000 TEUs kontena dan 470,000 TEUs pada tahun 1998.

Ketua Pegawai Eksetukif Wesports, Ruben Emir Gnanalingam berkata, pada 2013, Westports berjaya mengendalikan 7.5 juta TEUs dan mensasarkan jumlah 8 juta TEUs untuk tahun ini.

“Kita juga meningkatkan pegangan saham pemasaran kontena di Pelabuhan Klang dari 1 peratus pada 1996 kepada 33 peratus pada 2000.

“Dan kini menjadi peneraju pasaran di Pelabuhan Klang dengan mencecah 73 peratus pada tahun lalu,” katanya dalam ucaptama perasmian

Secara keseluruhan, Westports mencapai perolehan sebanyak 374 peratus dari 2001 sehingga 2013.

Weatports juga memastikan Pelabuhan Klang membangun sebanyak 166 peratus sejak 2001 untuk mencapai 10 juta TEUs pada 2013 sekaligus menjadi pelabuhan ke-12 terbesar di dunia.

Selain itu katanya, pihak Westports turut memfokuskan empat program pembangunan berdasarkan keperluan dan maklum balas penduduk Pulau Indah iaitu pengurangan kemiskinan, peningkatan kesihatan, pengurangan jenayah dan perkembangan pendidikan.

“40 peratus daripada pekerja di sini adalah penduduk Pulau Indah dan kejayaan program pengurangan kemiskinan adalah bukti apabila Pulau Indah telah menjadi zon bebas kemiskinan.

“Kita menyediakan klinik, ambulan, bomba dan pegawai polis bertugas selama 24 jam.

“Kita juga menyediakan perkhidmatan CCTV untuk memantau jenayah di kawasan panas di pulau ini untuk mencegah jenayah,” kata beliau.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.