Categories
NASIONAL

Anwar : “Apa ditakut sangat dengan budak kurus ini?”

Oleh : AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 28 OKT : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji usaha Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menganjurkan pidato bagi memberi ruang kepada beliau untuk menjelaskan mengenai pertuduhan yang sedang dihadapinya.

Menyambut baik inisiatif itu, beliau turut memaklumkan kepada Presiden PMUM, Fahmi Zainol supaya membatalkan program terbabit sekiranya mereka berdepan tekanan digantung atau dibuang dari universiti.

154518_10150629367474945_2213250527143109340_n“Apa dilakukan saudara itu cukup baik, saya kata kalau saudara ambil keputusan untuk batalkan program saya, saya masih hormat saudara.

“Saudara ambil inisiatif awal, kalau universiti tekan atau buang, saya tak nak saudara berdepan risiko.

“Tetapi saya sudah bincang dengan pimpinan mahasiswa, anak muda bersama ambil keputusan sekali maju terus maju untuk kebebasan negara,” katanya pada program pidato ’40 Tahun Dari UM Ke Penjara, Signal Kebangkitan Mahasiswa’ di luar pintu pagar utama UM, malam tadi.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang menyanjung keberanian Fahmi untuk menyatakan hak serta kebebasan bersuara meskipun mendapat halangan dari pihak universiti.

“Saya dengar ceramah dan pidato Fahmi, saya tak dengar dia cerca atau maki orang, tiada fitnah orang, tak cerca Perdana Menteri atau First Lady tetapi yang disebut hanya hak serta kebebasan.

“Apa yang ditakut sangat dengan budak kurus ini? Saya tengok dia saya kesian, dah lah kurus, dikecam pula, diugut apa nak jadi?.

“Saya hormat anak muda kurus ini,” katanya lagi sambil disambut dengan sorakan daripada ribuan mahasiswa serta penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Sebelum ini PMUM menegaskan untuk meneruskan program itu walaupun pihak vniversiti tidak memberi kebenaran kepada mereka.

Fahmi turut menjelaskan dengan tegas bahawa beliau sedia berdepan dengan apa juga tindakan tatatertib oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya ( TNC HEP UM), Datuk Rohana Yusof.

Gambar: Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published.