Categories
NASIONAL

Anwar: “Halang pidato, rosak atau jatuh mutu pendidikan?”

Oleh : AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 28 OKT : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pentadbiran Universiti Malaya (UM) yang bertindak menghalang dirinya serta mahasiswa untuk menyertai majlis pidato di kampus berkenaan semalam tanpa alasan kukuh.

Sambil membantah halangan itu, beliau turut menolak dakwaan bahawa penganjuran majlis berkenaan akan menjatuhkan mutu pendidikan serta menjejaskan reputasi UM sebagai universiti terbaik di negara ini.

Anwar gelap“Apa rosak atau jatuh mutu pendidikan? Tidak.

“Pada masa itu pengiktirafan UM jauh lebih tinggi daripada sekarang.

“Pensyarah juga tidak pernah suruh kita ‘slow down’ tapi lebih kepada beri galakan,” katanya di hadapan ribuan mahasiswa di hadapan kampus UM, malam tadi.

Berbeza semasa era beliau menuntut di universiti terbabit, Anwar berkata para pensyarah pada ketika itu tidak pernah menghalang jika mahasiswa ingin berpidato, sebaliknya lebih kepada memberi galakan.

“Saya dihina, dikecam selama 16 tahun, apa salah saya datang 20 minit untuk mempertahankan diri saya?

“Mengapa penguasa yang begitu angkuh dan rakus begitu takut dengan suara seorang Anwar?

“Ini masa depan kita bukan ditentukan oleh dua atau tiga kerat pemimpin yang rasuah dan angkuh tetapi rakyat yang menentukan..ini nak bercakap tak boleh, nak bincang tak boleh, nak dialog, wacana pun tak boleh,” katanya yang juga Ketua Umum PKR.

Dilaporkan ribuan mahasiswa dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) merempuh pintu pagar UM bagi membolehkan mereka memasuki kampus itu untuk mengikuti pidato Anwar.

Mereka merempuh pintu pagar Kuala Lumpur yang berkunci dan dirantai oleh pihak keselamatan sambil melaungkan “buka, buka” dan kemudiannya memasuki kawasan kampus.

Pidato itu adalah anjuran Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.