Categories
NASIONAL

Anwar: Hormati kebebasan akademik, bukan bertindak seperti ketua cawangan Umno

SHAH ALAM 27 OKT: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam Timbalan Naib Canselor Profesor Datuk Dr Rohana Yusof yang bertindak seperti ketua cawangan Umno susulan keputusan mengharamkan program anjuran mahasiswa di Universiti Malaya (UM).

Anwar berkata UM perlu menghormati kebebasan akademik, bukan menurut perintah daripada mereka yang berkuasa.

Forum ekonomi ummah Anwar di kediaman menteri besar (5)“UM perlu menyokong kebebasan akademik dan timbalan naib canselor itu perlu berhenti bercakap seperti ketua cawangan Umno dan tunjukkan latar belakang intelektuayang berkuasa tidak sentiasa akan berkuasa.

“Saya mengingatkan mereka yang berkuasa tidak akan kekal berkuasa selamanya,” kata Anwar dipetik The Malaysian Insider.

Anwar yang bakal berdepan perbicaraan esok dijadualkan kembali ke UM hari ini dalam satu program pidato, tempat di mana beliau mendapat pengajian tinggi.

Pidato khas dianjurkan PMUM itu diadakan sehari sebelum rayuan kes fitnah Liwat II melibatkan Anwar di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya esok.

Sebuah gabungan peratuan mahasiswa daripada 10 universiti awam dan swasta yang menentang Akta Hasutan, Mahasiwa Ganyang Akta Hasutan (Ganyang) juga menyatakan sokongan kepada PMUM dan penganjur program itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.