Categories
KENYATAAN MEDIA

Anwar: Isu pendidikan dan kebajikan kaum India wajib terus diperjuang

(Perutusan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Deepavali)

Deepavali atau Diwali berasal dari bahasa Sanskrit “Depãvali” yang bermaksud ‘deretan cahaya’ yang disambut sebagai pesta cahaya dan simbol kemenangan kebaikan ke atas kejahatan. Bait dari Thirukural ada menyebut;

deepavali“Sesungguhnya dengan amalan kebaikan maka hadirlah kemuliaan, sesungguhnya kejahatan itu menjelma apabila kita melupakan amalan kebaikan”

Dari bait itu jelas beri mesej yang sangat mustahak kepada kita – iaitu – setiap kali kita mendekati kezaliman dan melakukan perbuatan jahat maka semakin malaplah kemuliaan, keadilan serta karamah insaniah.

Justeru, perjuangan menaiktaraf kualiti hidup kaum India di Malaysia terutama sekali di dalam isu pendidikan dan kebajikan rakyat luar bandar wajib terus diperjuangkan oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan menolak kezaliman.

Akhir sekali, saya ucapkan Deepavali Nal Valthukal kepada seluruh masyarakat India dan Sikh yang meraikannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.