Categories
NASIONAL

Anwar: Kukuhkan Pakatan, tumbangkan BN

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUBANG JAYA, 28 OKT: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kesepakatan Pakatan Rakyat (PR) diperkukuhkan walaupun beliau kemungkinan dipenjarakan.

Jelas beliau mengakhiri ucapannya malam tadi, kesepakatan PR penting bagi menjayakan misi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

DSC_6342“Kalaulah ini kebetulan ucapan terakhir saya, lawan tetap lawan. Teman-teman, perkuatkanlah PKR, perkuatkan DAP, perkuatkan PAS.

“Kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) sangat penting dan kedua pastikan setiap orang dapat disampaikan. Ini amanah saya kepada saudara semua,” kata beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di Stadium 3K malam tadi.

Ucapan Anwar di Stadium 3K bakal menjadi ucapan terakhir beliau sekiranya Mahkamah Persekutuan mensabitkan beliau bersalah bagi perbicaraan kes fitnah liwat 2 yang melibatkan bekas pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari Azlan.

Terdahulu, pada perbicaraan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anwar didapati tidak bersalah bagi pertuduhan sama.

Bagaimanapun Mahkamah Rayuan selepas itu memutuskan Anwar bersalah selepas pihak pendakwa memfailkan rayuan mereka.

Keputusan itu dilihat dibuat dalam keadaan tergesa-gesa apabila Anwar diumumkan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang bagi membolehkan Anwar menduduki kerusi Menteri Besar Selangor.

Anwar dan pasukan peguam belanya kemudiannya memfailkan kes ini ke Mahkamah Persekutuan iaitu merupakan peringkat tertinggi yang terakhir dalam sistem perundangan Malaysia.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.