Categories
NASIONAL

Anwar nasihat penyokong jaga adab, jangan ada provokasi

Oleh: AFIX REDZUAN

PUTRAJAYA, 29 OKT: Pasukan peguambela Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram, hari ini, selesai memberikan penghujahan.

Difahamkan esok, Ram Karpal Singh akan meneruskan baki penghujahan dan diikuti pasukan pendakwa yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengambil giliran untuk berhujah pada sebelah tengah hari.

Dijangkakan prosiding penghujahan akan berakhir pada 31 Oktober ini.

IMG_4353Selepas lebih lapan jam di mahkamah, Anwar akhirnya meninggalkan Kompleks Istana Kehakiman sambil ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ahli keluarga lain serta barisan peguam dan rakan komponen Pakatan Rakyat.

Anwar bagaimanapun sempat berucap seketika di hadapan penyokong dan terus meninggalkan perkarangan mahkamah kerana mempunyai urusan keluarga.

Dalam kenyataan ringkas, beliau menasihatkan penyokongnya supaya menjaga adab dan tingkah laku selain berbincang dengan polis tanpa melakukan sebarang provokasi.

“Terima kasih atas pengorbanan dan Insya Allah dapat diselesaikan dengan baik serta berdoa. Kawal sikit (perangai) jangan ada provokasi, ikut arahan ketua.

“Saya dah kata masalah bukan dengan polis. Setiap kali ada masalah runding segera dengan baik.

“Jangan ada buat provokasi. Kalau ada (masalah) kita runding.

“Esok (penghujahan) bersambung semula. Jika ikut undang-undang, kita tiada masalah,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.