Categories
NASIONAL

Anwar: Salur IMF dana RM10 juta, bukti pembaziran nyata BN

Oleh: AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 13 OKT: Malaysia muncul satu-satunya negara di dunia yang memperuntukkan RM10 juta di bawah Perbendaharaan bagi membolehkan penubuhan cawangan Bank Dunia di negara ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, situasi itu disifatkan sebagai satu ‘keanehan’ kerana Bank Dunia yang harus menyalurkan ransangan, namun Malaysia memilih untuk menyediakan dana.

Katanya, walaupun jumlah saluran tidak terlalu besar, namun ia membuktikan satu lagi pembaziran nyata yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mengurus perbelanjaan negara.

undi-bn-end“Saya pernah menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan IMF, tetapi tidak pernah dengar negara belanja untuk Bank Negara buka cawangan dan kita beri dana.

“Ia sesuatu yang luar biasa dan membuktikan kita adalah negara kaya dalam membazir kerana ia seharusnya dipindahkan kepada rakyat,” katanya ketika membahaskan Bajet Kerajaan Persekutuan 2015 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Anwar berkata, walaupun bajet 2015 diramalkan akan mengurangkan defisit negara kepada tiga peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 3.5 peratus pada 2014, namun permasalahan defisit masih belum mampu dibendung.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, pertambahan peruntukan terlalu besar yang diberikan kepada kementerian tertentu meningkatkan jumlah perbelanjaan pembangunan dan mengundang pembaziran.

Anwar“Pertambahan peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) terus meningkat dengan perbelanjaan pembangunan RM22.62 bilion iaitu lima kali ganda lebih tinggi daripada JPM Australia.

“Saya menyambut baik perubahan untuk Kementerian Belia dan Sukan dalam mencatatkan kadar peningkatan pembangunan sebanyak 138.5 peratus kepada RM415 juta, namun ia perlu dikhususkan untuk keperluan latihan dan aktiviti belia.

“Manakala acara berbentuk pesta yang membazir wajar dihentikan kerana peruntukan sukan perlu diukur dengan keupayaan mengangkat mutu sukan negara,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.