Categories
NASIONAL

Anwar sedia dipenjara namun tidak berganjak terus berjuang

SHAH ALAM 12 OKT: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sedia sekali lagi dihumban ke penjara berhubung tuduhan liwat II.

Dalam wawancara dengan AFP, katanya beliau berikrar tidak akan meninggalkan perjuangannya.

17 hariKatanya adalah amat malang sekali kerana Kerajaan BN terus memperalatkan mahkamah bagi menghukum dirinya.

” Saya bersedia untuk yang terburuk, perjuangan saya di sini,” katanya.

Pada 28 dan 29 Oktober depan pendengaran rayuan keputusan penghakiman kes Fitnah 2 terhadap Anwar akan diputuskan di Mahkamah Persekutuan sama ada beliau terus bebas atau dimasukkan ke penjara.

AMK telah memulakan kempen di media sosial rasmi AMK serta pimpinan KEADILAN untuk menyemarakkan reformasi dan memperjuangkan masa depan rakyat juga negara.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.