Categories
NASIONAL

Anwar: “Tak patut bagi sesiapa yang siuman bawa saya ke penjara”

Oleh : AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 28 OKT : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih meletakkan harapan bahawa pertuduhan mahkamah terhadap dirinya akan dilucutkan dalam perbicaraan akhir yang berlangsung hari ini dan esok di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.

Katanya tidak patut bagi sesiapa yang siuman untuk membawanya masuk ke dalam penjara kerana beliau tidak bersalah dalam pertuduhan itu.

10544387_10152365928730906_3455986163385173842_n“Saya wajib dibebaskan dengan menggunakan undang-undang hak asasi yang ada malah Sheikh Al-Qardhawi utus kenyataan supaya lucutkan pertuduhan ke atas saya.

“Tiada sebab saya dihukum. Saya tidak boleh terus difitnah kerana saya tidak bersalah,” katanya dalam program pidato di Universiti Malaya malam tadi.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, sekiranya keputusan tidak memihak kepadanya atas dasar politik, maka beliau akan menghadapi sebarang kemungkinan dengan tenang.

Katanya andai beliau ‘tumbang’ sekalipun, anak-anak muda akan terus berjuang menghadapi kezaliman oleh pihak tertentu.

“Saya harus lakukan sedikit pengorbanan kerana saya tidak mahu anak-anak kecewa dengan perjuangan.

“Andai kata saya tumbang sekalipun anak-anak akan tahu Anwar dengan umur dan risiko sedemikian, pilih untuk kembali menghadapi rintangan itu supaya anak-anak boleh sebut kalau Anwar boleh buat, kami juga boleh lakukan sebegitu,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.