Categories
NASIONAL

Anwar tolak tawaran tinggal di Istanbul demi perjuangan rakyat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUBANG JAYA, 28 OKT: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ditawarkan supaya terus menetap di Istanbul, Turki bagi mengelakkan beliau dipenjarakan.

Tawaran itu dibuat ekoran apabila pihak terbabit yang tidak dinamakan itu percaya tindakan berani menghadapi perbicaraan peringkat Mahkamah Persekutuan ini umpama menyerah diri.

Anwar“Kata dia, Anwar… sudahlah. Duduk sahaja di Istanbul, tak payah balik sebab beliau yakin badan kehakiman tidak bebas.

“Dia kata buat apa you nak jadi hero. You tahu tak Mandela ditangkap tatkala hendak melarikan diri sebab dia tahu tidak bebas.

“Kalau dia ditangkap pasti hukuman mati atau penjara seumur hidup, jadi dia lari tetapi dia ditangkap, yang kamu nak serah diri buat apa?,” kata Anwar di hadapan hampir 2,000 hadirin yang membanjir Stadium 3K di sini malam tadi.

Tegas beliau tindakan lari dari dipenjara hanya akan melunturkan semangat perjuangan anak muda negara ini.

Tambah Anwar, tindakan itu juga mensia-siakan harapan dan sokongan yang diberikan rakyat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.