Categories
SELANGOR

Azmin: Gangguan bekalan air bukan catuan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 12 OKT : Pengguna di Selangor dan Lembah Klang tidak perlu khuatir tentang kemungkinan berlakunya catuan air berikutan insiden pencemaran Sungai Selangor yang berlaku kira-kira pukul 8 malam tadi.

Sebaliknya, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata kerja-kerja pengepaman air bersih terpaksa dihenti tugas serta merta berikutan insiden tumpahan hidrokarbon yang mengakibatkan tiga loji rawatan air Sungai Selangor dan Loji Rawatan Air Rantau Panjang terjejas.

PC isu air dicemari diesel-MB (9)“Ini bukan catuan, tetapi ini kerana insiden tumpahan hidrokarbon yang berlaku semalam dan perlu diambil tindakan segera bagi menutup loji rawatan untuk merawat dan menjamin keselamatan pengguna di Selangor.

“(Tidak) bukan catuan tetapi tindakan proaktif untuk menjamin keselamatan pengguna di Selangor,” katanya dalam sidang media berhubung isu gangguan bekalan air akibat pencemaran di Sungai Selangor, di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga menolak untuk membuat sebarang spekulasi bahawa insiden pencemaran itu mempunyai kaitan dengan unsur sabotaj daripada pihak tidak bertanggungjawab sehingga selesai penyiasatan oleh Lembaga Urus Air Selangor (Luas).

Namun katanya Kerajaan Negeri tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak terlibat seperti yang dilakukan ketika kejadian pencemaran di Sungai Gong pada tahun lalu.

“Sesiapa yang bertanggungjawab tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang dan tindakan oleh Kerajaan Negeri termasuk merampas tanah-tanah mereka yang kita lakukan sebelum ini,” katanya lagi.

Terdahulu, Azmin menerusi twitter memaklumkan tahap pencemaran tumpahan hidrokarbon di loji rawatan air SSP1, SSP2 dan SSP3 adalah 5 ppm dan menyebabkan loji itu terpaksa ditutup.

Bagaimanapun ksemua loji rawatan air SSP1, SSP2 dan SSP3 yang ditutup telah mula beroperasi mulai jam 4.30 pagi ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.