Categories
SELANGOR

Azmin nafi dakwaan tandatangan surat letak jawatan tak bertarikh

KLANG 17 OKT: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan bahawa PKR memaksanya supaya menandatangani surat peletakan jawatan tidak bertarikh sebelum memegang jawatan itu.

“Takde, takde, itu tak benar,” katanya kepada pemberita di Masjid Kg Raja Uda, Klang hari ini.

daerahklang2Beliau diminta mengulas komen sebuah portal berita apa yang didakwa emel antara Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Ketua Pemuda Nik Nazmi Nik Ahmad, dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam emel itu, Rafizi didakwa mencadangkan Mohamed Azmin menandatangani surat peletakan jawatan tidak bertarikh untuk membolehkan parti itu menggunakannya jika beliau tidak mematuhi arahan.

Azmin juga menafikan bahawa Rafizi telah dilantik sebagai setiausaha agung PKR untuk “mengawal dia”.

“Tidak, itu keputusan parti,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.