Categories
SELANGOR

Azmin: Pelantikan Rafizi SU Agung PKR kehendak parti bukan batas kuasa MB

Oleh: HAFIZAN TAIB

PELABUHAN KLANG, 17 OKT: Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan pelantikan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai Setiausaha Agung PKR adalah sebagai usaha mengawal atau membatas kuasanya selaku Menteri Besar Selangor.

Sebaliknya beliau menjelaskan pelantikan Rafizi ke jawatan itu adalah kehendak parti.

daerahklang2“Tidak ada. Ia adalah keputusan parti,” katanya kepada media selepas majlis ramah mesra dan solat Jumaat di Masjid Kampung Raja Uda di sini hari ini.

Terdapat dakwaan pihak tertentu menyatakan pelantikan Rafizi sebagai Setiausaha Agung PKR menggantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk mengawal kuasa Azmin yang dilantik Menteri Besar Selangor yang baharu demi menjaga kepentingan parti berkenaan.

Sebelum ini, Saifuddin dipilih selaku Pengarah Pilihanraya PKR bersama seorang lagi Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar bagi menggantikan Mohamed Azmin Ali.

Keputusan itu dibuat bagi meringankan beban tugas Mohamed Azmin yang kini menjadi Menteri Besar Selangor.

Namun, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta Mohamed Azmin membantu Nurul Izzah dan Saifuddin memandangkan beliau mempunyai pengalaman luas sebelum ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.