Categories
SELANGOR

Azmin tekad selesaikan masalah sampah 3 bulan pertama

Oleh: NORHAYATI UMOR

BUKIT ANTARABANGSA, 3 OKT: Kerajaan Selangor akan menggunakan setiap sen peruntukan Geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi menyelenggara jalan di negeri itu.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata setiap tahun Kerajaan Negeri menerima RM400 juta daripada Kerajaan Pusat.

masjid7Katanya, oleh itu, peruntukan itu akan digunakan dengan sebaiknya.

“Kita mahu selesaikan masalah ini dan sampah dalam tempoh tiga bulan pertama saya menjadi Menteri Besar.

“Saya meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga menyelesaikan isu sampah di setiap kawasan.

“Ia bukan sahaja membabitkan sampah sisa pepejal tetapi juga sampah pukal,” katanya ketika majlis bacaan doa selamat dan yassin sempena perlantikannya sebagai Menteri Besar, di Masjid Bukit Antarabangsa, di sini, malam tadi.

Azmin turut berjanji akan menyediakan peruntukan yang secukupnya bagi kegunaan PBT yang kurang berkemampuan.

“Saya tahu ada PBT yang kurang mampu, jadi tulis surat kepada saya, saya akan luluskan segera,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.