Categories
SELANGOR

Azmin: Tiada politik dendam diamalkan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SELAYANG, 3 OKT: Mohamed Azmin Ali menangkis tuduhan kononnya beliau mengamalkan politik dendam terhadap bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau yang menggantikan Abdul Khalid menegaskan bukan prinsip beliau untuk menyerang secara peribadi personaliti politik.

Program turun Padang MB ke Daerah Gombak (9)Katanya, segala keputusan atau tindakannya dibuat berdasarkan prinsip dan tata kelola pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Saya tidak terlibat politik kotor,tiada dendam terhadap Abdul Khalid sebab saya mahu maju ke hadapan,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Ramah Mesra bersama penjawat awam di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak di sini pagi tadi.

Beliau berkata, keputusan pembekuan akaun Skim Mesra Usia Emas bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang dilakukan mengikut amalan sedia-ada zaman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun jelas beliau, peruntukan bagi program di bawah Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) itu masih diteruskan untuk penduduk di dua kawasan terlibat.

Sebelum ini, Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin menyifatkan tindakan membekukan akaun SMUE di dua kawasan itu sebagai tindakan membalas dendam terhadap Abdul Khalid.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.