Categories
NASIONAL

Bajet 2015 tak bermakna tanpa usaha kukuh basmi rasuah & kronisme

SHAH ALAM, 11 OKT: Belanjawan 2015 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak bermakna tanpa sebarang usaha membasmi rasuah dan kronisme.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, berkata Belanjawan yang disebut sebagai pro rakyat itu sungguhpun ada beberapa langkah mengurangkan beban, tapi dari segi perkara pokoknya masih belum ada sebarang usaha yang berjiwa rakyat.

Najib bajetKatanya, walaupun masalah rasuah di Malaysia dilaporkan antara terburuk di dunia, sehingga kini masih tidak ada langkah drastik pihak kerajaan untuk membanteras kegiatan itu.

“Contohnya apakah langkah kerajaan untuk menyelesaikan masalah kronisme yang melibatkan ‘Independent Power Producer (IPP), 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan perkara lain yang dibangkitkan pemimpin Pakatan Rakyat.

“Semua isu ini masih belum dijawab dan ditangani. Sekiranya Najib mahu belanjawannya benar-benar berjiwa rakyat, maka pertalian antara kroni harus diputuskan sama sekali,” katanya dipetik Roketkini.

Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Najib memperuntukkan sebanyak RM273.9 bilion, peningkatan sebanyak RM9.8 bilion berbanding tahun 2014.

Perbelanjaan mengurus yang dibentangkan berjumlah RM223.4 bilion, iaitu 81.6 peratus dari keseluruhan peruntukan, manakala perbelanjaan pembangunan hanya 18 peratus bersamaam RM50.5 bilion.

Bajet 2015 merupakan antara belanjawan tahunan terbesar yang pernah dibentangkan oleh kerajaan dalam sejarah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.