Categories
SELANGOR

Bajet 2015: Tingkat peruntukan pembangunan, kurang belanja urus

Oleh: LIZAWATI MADFA

SELAYANG, 3 OKT: Pembentangan bajet 2015 Selangor pada bulan hadapan akan menumpukan lebih komitmen kepada pembangunan demi manfaat rakyat.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata peruntukan pembangunan akan ditingkatkan sementara pengurusan pula akan dikurangkan kepada satu kos yang akan ditetapkan.

Program turun Padang MB ke Daerah Gombak (13) (1)Katanya, amalan terlalu menumpukan kepada peruntukan pengurusan akan memberi kesan kepada rakyat bawahan.

“Ini mesti dalam bentuk pembangunan dan tidak dalam bentuk keraian elaun atau gaji.

” Gaji MB, barisan Exco, Speaker dan Timbalan Speaker akan dipotong kepada tahap munasabah kerana kenaikan kadar 2013 terlalu tinggi dan saya tak boleh berdepan dengan rakyat kerana masalah kos kehidupan yang tinggi,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas Majlis Ramah Mesra bersama penjawat awam di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak di sini pagi tadi.

Mengulas lanjut bajet sulung yang akan dibentangkannya, Azmin berkata Kerajaan Negeri akan menumpukan beberapa perkara yang menyentuh kepentingan rakyat.

“Kita ada ‘trust’ kita, soal pendidikan, perumahan, kebajikan.

“Itu masih dalam perbincangan, biar kami bincangkan dahulu sebelum sebarang kepurusan akhir dibuat,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.