Categories
SELANGOR

Bekas Adun Pelabuhan Klang temui Azmin dalam program turun padang

PELABUHAN KLANG 17 OKT: Bekas Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini hadir dalam program turung padang Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali di Pulau Ketam.

Beliau dilihat bertemu Mohamed Azmin dan sempat bersalaman sebelum menikmati makan tengah hari di meja berasingan, dalam program di Masjid Kampung Raja Uda di sini.

Mohamed Azmin mengadakan sesi turun pandang ke daerah Klang iaitu ke Pulau Ketam dan Kampung Raja Uda untuk mendampingi masyarakat tempatan serta menyelami keperluan mereka.

mb-dan ex adun pelabuhan klangPada 29 Oktober 2009, Badrul Hisham mengisytihar keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi ADUN bebas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memperoleh kemenangan sebelum beliau dipecat PKR, bulan lalu.

Menyertainya dalam lawatan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi; Exco Kerajaan Negeri, Zaidy Abdul Talib, Elizabeth Wong dan V Ganabatirau serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Dr Halimah Ali.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.