Categories
SELANGOR

Belanjawan 2015: Hannah jangka peruntukan lebih tinggi untuk Adun

Oleh NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 OKT: Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh menjangkakan Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali akan menitik beratkan peruntukkan belanjawan kepada Ahli- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam sidang  DNS nanti.

_MG_8131 copy“Seperti biasa dalam belanjawan, Adun-adun akan minta peruntukkan bagi pembangunan di DUN mereka.

“Cuma apa yang menarik, Azmin sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah ketua backbencher, jadi saya yakin beliau akan membantu adun-adun,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas jangkaan Azmin yang akan memperuntukkan sebanyak RM2.3 bilion bagi belanjawan 2015, seterusnya menjadikan lebih tinggi berbanding tahun 2014 iaitu RM1.8 bilion.

Hannah memaklumkan Sidang Dewan Negeri akan mula berlangsung selama dua minggu pada 24 November depan.

Beliau turut yakin sidang dewan akan berlangsung dengan lancar walaupun dengan kehadiran Menteri Besar yang baru.

“Menteri Besar dan Exco bukan pertama kali dalam dewan, kebanyakkannya sudah lebih enam tahun. Saya tahu mereka sudah faham dengan undang-undang tubuh negeri dan peraturan tetap dewan, jadi ia akan berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kejutan,” katanya.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.