Categories
NASIONAL

Belanjawan dibentang Pakatan lebih pro-rakyat

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Belanjawan alternatif Pakatan Rakyat (PR) ternyata lebih ‘pro rakyat’ berbanding Belanjawan 2015 bertemakan Pro Rakyat Barisan Nasional (BN).

Belanjawan PR yang dibentang Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi tumpuan kepada kepentingan dan kebajikan disamping mengambil kos sara hidup.

BzkkMesCUAARs1LAntaranya, PR memilih untuk melaksanakan cukai keuntungan modal dan cukai warisan harta yang dikenakan ke atas golongan kaya tanpa menyentuh mereka yang berpendapatan rendah.

Sebaliknya, belanjawan pro rakyat BN yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal mengambil kira kebajikan rakyat secara keseluruhannya.

BN terus tegar mahu memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diketahui menyentuh secara langsung semua tingkat pendapatan rakyat.

Dengan GST, perbelanjaan isi rumah keluarga berpendapatan dijangka terus menjunam ke bawah dan lebihan pendapatan juga berkurangan.

Selain itu, BN juga akan terus mengurangkan subsidi yang diberikan kepada rakyat dengan nama rasionalisasi subsidi termasuk subsidi petrol, kononnya untuk menstabilkan kedudukan ekonomi negara.

Bagaimanapun, PR berpendirian pemberian subsidi bukan punca kegoyahan ekonomi tetapi berpunca daripada pentadbiran penuh ketirisan dan rasuah yang diamalkan BN.

Sehubungan itu, PR akan menyemak projek-projek Kerajaan Pusat dan memerangi amalan untung atas angin untuk elak ketirisan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.