Categories
NASIONAL

Belanjawan PR 2015 tumpu perbetul kepincangan pentadbiran, ekonomi

Oleh : AFEEQA AFEERA

PARLIMEN, 9 OKT : Belanjawan Pakatan Rakyat (PR) 2015 menumpukan kepada memperbetul kepincangan pentadbiran dan ekonomi negara yang mendatangkan kesan negatif kepada kesejahteraan rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata berbeza dengan belanjawan tahun-tahun sebelumnya yang tertumpu kepada cadangan dasar dan program, belanjawan kali ini memberi fokus kepada beberapa isu pokok yang memerlukan perhatian segera.

Antaranya membetulkan tatakelola BN yang lemah hingga amalan rasuah semakin meningkat dalam pentadbiran kerajaan dan ekonomi, pergantungan kepada hasil dari industri minyak dan gas yang tidak berurus dengan berhemah, ketidaktelusan dalam menangani rundingan Perjanjian Perkongsian Pasifik (TPPA) serta sistem cukai berat sebelah yang memberi insentif kepada golongan kaya.

anwar“Kita unjurkan pendapatan negara adalah pada kadar sedehana iaitu lima peratus berdasarkan prestasi lima tahun sebelum ini.

“Kita menjangkakan 2015 akan menjadi tahun perit buat rakyat dengan suasana ekonomi yang mencabar ditambah Malaysia yang akan terus dipengaruhi pertumbuhan ekonomi China yang semakin perlahan,” katanya dalam sidang media pembentangan Belanjawan Alternatif PR 2015, di Parlimen, hari ini.

Pakatan_Rakyat_Belanjawan_2015-BM-1Selain itu, Anwar berkata pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan membawa inflasi Indeks Harga Pengguna (CPI) sehingga 3.2 peratus, manakala untuk makanan berada di tahap tinggi iaitu 4.5 peratus dan pengangkutan pada kadar lima peratus.

Katanya, kerajaan mampu mengurus perbelanjaan negara dengan baik sekiranya unjuran perbelanjaan berada pada nilai RM273 bilion dengan nilai defisit dijangka turun pada kadar 2.6 peratus.

“Ia dapat dicapai jika kerajaan mengamalkan tender terbuka, menghentikan peruntukan bajet besar kepada Perdana Menteri yang kini mencecah RM9 bilion, menilai semula keperluan membiayai Malaysia Nuclear Energy dan pengurangan drastik terhadap peruntukan kepada Pemandu dan Talentcorp.

“Selan itu, peruntukan kepada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebanyak RM668 juga perlu dikaji dan mengurangkan geran kerajan kepada syarikat GLC secara drastik,” katanya lagi.

Sila klik link untuk paparan Belanjawan Pakatan Rakyat 2015: Pakatan_Rakyat_Belanjawan_2015-BM

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.