Categories
NASIONAL

Gugat perjalanan parti, PAS pantau ahli sertai Pasma

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 OKT: Tindakan ahli PAS yang terbabit dengan aktiviti badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Umah Sejahtera Malaysia (Pasma) akan dipantau ekoran boleh memecah belahkan parti itu.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh berkata, ahli PAS yang dilaporkan terbabit dengan kegiatan Pasma boleh dikenakan tindakan lanjut.

“Majlis Syura Ulamak memantau dengan penuh prihatin beberapa tindak-tanduk mutakhir ini yang dilihat boleh memecah belah ahli PAS seperti yang dilakukan sebuah NGO yang dinamakan Pasma.

Himpunan Pas Selangor Jun 17 01“Selaras dengan peringatan presiden parti dalam penggulungan Muktamar PAS 2014 lalu supaya tidak berlaku jamaah dalam jamaah, parti dalam parti, maka Majlis Syura Ulamak memberi nasihat kepada semua ahli supaya tidak terbabit dalam sebarang aktiviti Pasma.

“Kawasan dan Badan Perhubungan Negeri juga dinasihatkan membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak jika tindak-tanduk seumpama itu berlaku di peringkat masing-masing untuk diambil tindakan lanjut,” kata Nik Muhammad Zawawi dalam kenyataan medianya, semalam.

Katanya, Majlis Syura Ulamak juga mengingatkan ahli PAS berkenaan kewujudan perancangan antarabangsa yang bergerak aktif melalui pelbagai medium untuk melemahkan gerakan Islam.

nik muhammad zawawiBeliau berkata, antara tindakan jahat pihak terbabit seperti membuang label politik Islam daripada parti Islam dan menjadikan parti itu hanya memperjuangkan politik tanpa dakwah.

Sehubungan itu, Nik Muhammad Zawai berkata, gerakan terbabit juga cuba mengenepikan perjuangan menegakkan syariat Islam yang luas merangkumi ekonomi, sosial, kebajikan dan undang-undang jenayah dengan disempitkan kepada kebajikan kecil.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.