Categories
NASIONAL

Harga minyak: Tak kena GST bukan bermakna tak naik harga

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan bermula tahun hadapan tidak akan memberi keadilan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata pelaksanaan GST sebaliknya hanya bertujuan bagi menambah pendapatan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang semakin tiris.

kantin sekolah gstKatanya, pengecualian sesetengah barangan daripada GST juga sebenarnya tidak memberi jaminan bahawa tiada kenaikan harga barang berkenaan.

“Contoh RON 95 tidak dikenakan GST tetapi ini boleh dinikmati bukan sahaja yang bawa kereta kecil dan motor kapcai tetapi juga Syed Mokhtar, Vincent Tan, Perdana Menteri dan anaknya.

“Tidak dikenakan GST tidak bermakna tidak naik harga, katakan nanti ditarik lagi subsidi RM 0.20 maka naik lagi harga minyak, ini tidak akan bantu rakyat.

“Inilah yang dikatakan bahawa hujah mereka itu hanya sekadar untuk menambahkan pendapatan dan bukan untuk memberi kelegaan kepada rakyat,” katanya yang ditemui pemberita selepas pembentang Belanjawan 2015.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan belanjawan keenamnya yang didakwa lebih pro rakyat dan mampu mengurangkan kos sara hidup.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata peruntukan ‘gula-gula’ yang terlalu tinggi oleh Kerajaan BN menyebabkan perbelanjaan pembangunan jatuh sehingga ke paras 18 peratus pada tahun hadapan.

“Kerajaan kini panik, sebab itu banyak gula-gula ditaburkan untuk mengelak pengundi berpaling tadah.

“Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) ada lagi, adakah ini akan menaikkan lagi kemarahan Tun Mahathir.

“Apa pun, realitinya, semakin banyak gula-gula, sekali GST dilaksanakan, hidup pasti menderita,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.