Categories
NASIONAL

Jawatan pegawai Ahli Parlimen perlu diwujudkan, bantu licin tugas

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 14 OKT: Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke, mencadangkan perjawatan pegawai Ahli Parlimen diwujudkan bagi membantu melincinkan tugas mereka.

Katanya, jawatan itu perlu diwujudkan di bawah Parlimen dan harus membayar gaji kepada pegawai yang dilantik.

anthony

“Tetapi, perjawatan itu hanya untuk Ahli Parlimen sebagai lantikan politik dua pegawai yang mereka cadangkan,” katanya kepada Selangor Kini, di Parlimen, hari ini.

Anthony berkata, cadangan itu adalah satu langkah untuk mengurangkan perbelanjaan Ahli Parlimen, selain membuka ruang pekerjaan kepada graduan muda.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.